Apple AirPods Dengan Teknologi Pengecasan Tanpa Wayar Dipercayai Akan Hadir Pada Suku Pertama 2019 Comments Off on Apple AirPods Dengan Teknologi Pengecasan Tanpa Wayar Dipercayai Akan Hadir Pada Suku Pertama 2019

Serentak dengan pelancaran siri iPhone 7 pada September 2016 yang lalu, Apple turut melancarkan AirPods generasi pertamanya di pasaran. Kini selepas lebih dua tahun diperkenalkan, penganalisa produk Apple yang terkenal iaitu Ming-Chi Kuo telah melaporkan Apple bakal tampil dengan Apple AirPods baharu menjelang suku pertama tahun 2019 nanti.

Menurutnya Apple AirPods generasi kedua ini akan mengekalkan rekaan yang tidak begitu jauh berbeza seperti sebelum ini, tetapi ia telah dipertingkatkan dengan sokongan teknologi pengecasan tanpa wayar. Malah AirPods baharu ini juga dipercayai akan menyokong sambungan Bluetooth 5.0, dan juga cip siri W yang dipertingkatkan.

Apple AirPods generasi baharu ini juga dikatakan berkemungkinan besar hadir dengan pembaharuan rekaan pada engsel pada bekas simpanan yang akan lebih tahan haba. Kuo juga turut mendedahkan bahawa rekaan itu memerlukan komponen yang lebih mahal, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia akan mempengaruhi harga jualan AirPods baharu ini ataupun tidak.

Apple AirPods generasi pertama ini telah diperkenalkan pada September 2016.

Tambahnya lagi, Apple juga dikatakan akan menggunakan rekaan AirPods yang baharu sepenuhnya dan akan hanya diperkenalkan menjelang tahun 2020 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend