Apple AirPods Akan Mengekalkan Rekaan Asal Dengan Peningkatan Audio Dan Dilengkapi Sensor Tambahan Comments Off on Apple AirPods Akan Mengekalkan Rekaan Asal Dengan Peningkatan Audio Dan Dilengkapi Sensor Tambahan 278

Sebagaimana yang telah dilaporkan oleh MySmartPrice berdasarkan pendedahan yang diterimanya melalui sumber yang boleh dipercayai, Apple dipercayai akan melancarkan AirPods 2 dalam acara Apple Special Event pada bulan Mac nanti. Bahkan menurut blog itu juga Apple AirPods 2 dikatakan akan mengekalkan rekaan AirPods generasi pertama.

Namun begitu, AirPods 2 dipercayai akan menerima beberapa pembaharuan menarik seperti bunyi bass yang lebih baik, menyokong sensor kadar degupan jantung, dan juga lapisan istimewa pada sarung pengecas serta bahagian atas AirPods itu sendiri untuk memastikan cengkaman yang lebih baik.

Berbeza dengan generasi sebelum ini, AirPods 2 bakal ditawarkan dalam dua warna iaitu putih dan hitam, dengan harga jualan sekitar USD199 (kira-kira RM810). Walau bagaimana, saiz bateri dan juga jangka hayat AirPods 2 dilaporkan akan dikekalkan sama seperti sebelum ini.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend