Aplikasi Permesejan Telegram Akan Disekat Penggunaannya Di Rusia Comments Off on Aplikasi Permesejan Telegram Akan Disekat Penggunaannya Di Rusia

Menurut agensi berita tempatan di Rusia, aplikasi permesejan popular Telegram akan disekat penggunaan di negara itu akibat daripada keengganan mereka untuk mematuhi keputusan yang telah ditetapkan oleh mahkamah Rusia.

Isu ini tercetus selepas ejen Roskomnadzor yang bertanggungjawab untuk mengawasi telekomunikasi di dalam organisasi Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Rusia (FSB) tidak dibenarkan untuk mengakses data pengguna dari Telegram melalui perkongsian kunci penyulitan, walaupun selepas mendapat persetujuan daripada mahkamah.

Berdasarkan laporan terkini, pengharaman untuk menggunakan aplikasi ini akan hanya ditarik balik oleh Mahkamah sehingga Telegram bersetuju untuk memberikan kunci penyahsulitan data pengguna kepada pihak FSB. Untuk pengetahuan, Rusia telah melaksanakan undang-undang anti-keganasan yang ketat pada tahun 2016, yang mana ia mengkehendaki perkhidmatan permesejan untuk membenarkan pihak berkuasa untuk mengakses data pengguna.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend