Aplikasi Penanda Aras AnTuTu Telah Disingkirkan Daripada Google Play Store Comments Off on Aplikasi Penanda Aras AnTuTu Telah Disingkirkan Daripada Google Play Store

AnTuTu yang menjadi aplikasi pilihan untuk menentukan tahap prestasi sesebuah cipset kini tidak lagi boleh ditemui dalam Google Play Store. Selain AnTuTu, aplikasi penanda aras AnTuTu 3DBench dan juga AITutu juga tidak ditemui.

Menurut portal AndroidPolice, penyingkiran ketiga-tiga aplikasi itu berkemungkinan besar disebabkan oleh pautan polisi privasi. Ini berikutan AnTuTu telah merujuk kepada laman sesawang Cheetah Mobile yang secara tidak langsung memberi petunjuk ia dimiliki oleh syarikat tersebut.

Sebelum ini Google telah menyingkirkan aplikasi Cheetah Mobile di Play Store kerana saban tahun ia didapati telah melanggar polisi yang ditetapkan. Perkara ini mungkin menjadi penyebab kenapa aplikasi AnTuTu tidak lagi tersenarai.

Aplikasi penanda aras AnTuTu sememangnya menjadi pilihan pengeluar dan juga pengguna untuk menentukan prestasi sesebuah telefon pintar.

Merujuk kepada perkara tersebut, Zhao Chen selaku CEO AnTuTu telah memaklumkan melalui emel, yang mana telah menjelaskan bahawa AnTuTu telah diperkenalkan lebih awal berbanding aplikasi Cheetah Mobile dan pembangun itu hanya sekadar pemegang saham di AnTuTu sejak tahun 2014.

Walau bagaimanapun Cheetah Mobile langsung tidak ‘menyentuh’ akaun Google Play milik AnTuTu dan aplikasi ini tidak pernah melakukan sebarang promosi untuk Cheetah Mobile. Beliau memaklumkan bahawa Google telah salah faham berhubung pautan polisi privasi AnTuTu yang menggunakan alamat sesawang Cheetah Mobile iaitu cmcm.com.

Memandangkan Pengerusi Cheetah Mobile merupakan salah seorang lembaga pengarah di AnTuTu, ia telah menjadi satu kriteria yang perlu diikuti. Namun Cheetah Mobile tidak terlibat dalam sebarang pengoperasian dan pengurusan aplikasi AnTuTu.

AnTuTu kini sedang dalam perbincangan dengan Google berhubung isu ini, dan buat masa ini pengguna masih boleh memuat turun fail APK aplikasi penanda aras popular ini di laman sesawang rasminya.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend