Aplikasi Navigasi Waze Mula Memaparkan Anggaran Harga Tol Untuk Laluan Yang Dipilih Comments Off on Aplikasi Navigasi Waze Mula Memaparkan Anggaran Harga Tol Untuk Laluan Yang Dipilih

Bagi memastikan perjalanan yang lebih lancar dan terancang, pembangun aplikasi Waze kini telah memperkenalkan satu lagi fungsi baharu khusus untuk pengguna yang menggunakan laluan bertol. Melalui sokongan baharu ini, Waze akan memaparkan anggaran harga tol yang perlu dibayar berdasarkan laluan yang ditetapkan.

Menurut Waze, harga tol yang dipaparkan itu dipaparkan berdasarkan daripada maklumat yang dikongsikan oleh komuniti Waze, laluan dan juga tetapan yang dibuat. Walau bagaimanapun harga tol yang dipaparkan ini hanyalah sebagai panduan dan ia tidak akan digunakan bagi mengganti harga asal yang telah ditetapkan.

Menariknya penyediaan fungsi untuk memaparkan anggaran harga tol ini sangat praktikal kepada pengguna Waze yang mahu mengurangkan kos tol boleh melihat harga tol yang perlu dibayar apabila menggunakan laluan alternatif.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend