Aplikasi Mencari Jodoh Tinder Kini Sedang Diuji Untuk Menyokong Gambar Profil Bergerak Comments Off on Aplikasi Mencari Jodoh Tinder Kini Sedang Diuji Untuk Menyokong Gambar Profil Bergerak

Dunia semakin moden, sehinggakan proses untuk mencari jodoh juga kini terasa lebih mudah dan cepat dengan bantuan aplikasi pada telefon pintar sahaja!

Sekiranya anda berasa malu untuk menegur seseorang yang disukai secara berdepan, cara paling mudah adalah dengan menggunakan aplikasi mencari jodoh yang boleh digunakan pada telefon pintar. Salah satu aplikasi untuk mencari jodoh atau pasangan yang paling popular pada masa ini adalah Tinder.

Kredit gambar: The Verge

Apabila menggunakan aplikasi sebegini, perkara paling utama yang akan dilihat oleh pengguna sudah tentunya gambar profil seseorang. Jadi menyedari kepentingan ini, pembangun Tinder kini sedang menguji ciri baharu pada aplikasi mencari jodoh itu dengan sokongan gambar profil bergerak yang dikenali sebagai Loops.

Dengan adanya ciri baharu ini, pengguna Tinder boleh mengambil rakaman video dan menghasilkan gambar profil bergerak selama dua saat mirip seperti fungsi GIF. Sokongan Loops ini secara tidak langsung berupaya menyerlahkan personaliti seseorang dengan tujuan untuk mendapatkan lebih ramai kenalan.

Buat masa ini, Loops masih lagi dalam proses percubaan pada peranti iOS untuk pengguna di Kanada dan Sweden sahaja.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend