Aplikasi Hotels.com Kini Menyokong Arahan Suara Siri Menerusi iOS 12 Comments Off on Aplikasi Hotels.com Kini Menyokong Arahan Suara Siri Menerusi iOS 12

Aplikasi Hotels.com merupakan aplikasi tempahan perjalanan yang telah memenangi beberapa anugerah serta dinilai (4.5+ bintang) di gedung App Store dan Play Store. Melaluinya, pengguna dapat menikmati penjimatan serta merta dan penginapan percuma untuk perjalanan akan datang.

Terkini, Hotels.com telah memperkenalkan satu ciri baharu iaitu arahan suara menggunakan Siri untuk mendapatkan maklumat mengenai tempahan, alamat dan peta hotel, serta waktu daftar masuk. Memandangkan iOS 12 baru sahaja dilepaskan kepada pengguna global, kini anda boleh memberikan arahan suara dihujung bibir tanpa perlu mengakses aplikasi pada peranti.

Daniel Craig, Naib President pasaran mobil bagi jenama Hotels.com menjelaskan, “Sudah berapa kali anda tiba di lapangan terbang, dengan tangan anda penuh dengan bagasi dan anda tidak dapat mencari cetakan e-mel pengesahan – usah risau, suara anda bol”eh menjadi pembantu! Siri Shortcut dalam Hotels.com. Ini sekaligus memudahkan urusan perjalanan anda dengan memberikan maklumat penting yang anda perlukan dengan hanya satu arahan suara. Perjalanan bebas tangan kini menjadi trend dan ciri baru ini memang sempurna untuk pengembara yang menggunakan aplikasi mudah alih serta menginginkan maklumat serta-merta di hujung jari, atau dengan hanya dengan satu arahan suara!”

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend