Aplikasi Google Translate Dengan Mod Kamera Kini Menyokong 13 Bahasa Tambahan Termasuk Arab Dan Thai Comments Off on Aplikasi Google Translate Dengan Mod Kamera Kini Menyokong 13 Bahasa Tambahan Termasuk Arab Dan Thai

Proses menterjemah sesuatu perkataan daripada bahasa asing sememangnya terasa jauh lebih mudah dengan adanya aplikasi Google Translate. Tambahan pula ia menawarkan fungsi terjemahan menggunakan mod kamera, yang tidak lagi memerlukan anda untuk menaip perkataan yang ingin diterjemah kerana proses itu boleh dibuat dengan hanya menghalakan kamera pada perkataan tersebut.

Nampaknya proses terjemahan menggunakan mod kamera pada aplikasi Google Translate kini terasa lebih praktikal dan meluas kerana baru-baru ini sebanyak 13 bahasa lagi telah ditambah. Ini bermakna anda boleh menterjemah lebih banyak bahasa asing dengan lebih mudah terutamanya ketika pergi melancong ke luar negara.

Senarai 13 bahasa baharu pada Google Translate:

  • Arab
  • Thai
  • Vietnam
  • Hindi
  • Bengali
  • Gujarati
  • Kannada
  • Malayalam
  • Marathi
  • Nepali
  • Punjabi
  • Tamil
  • Telegu

Muat turun aplikasi Google Translate:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend