Aplikasi Google Measure Kini Boleh Digunakan Pada Peranti Android Dengan Sokongan ARCore Comments Off on Aplikasi Google Measure Kini Boleh Digunakan Pada Peranti Android Dengan Sokongan ARCore

Sebelum wujudnya platform ARCore, keupayaan AR (Realiti Tambahan) yang diperkenalkan oleh Google telah dibangunkan berasaskan pada Project Tango. Bahkan pengeluar telefon pintar yang memfokuskan fungsi AR seperti Lenovo dan ASUS, dilihat telah menampilkan sokongan perkakasan serta sensor yang khusus untuk tujuan tersebut.

Aplikasi Google Measure memudahkan proses mengukur objek menggunakan bantuan AR.

Nampaknya Google telah mula memperkenalkan aplikasi AR yang sebelum ini diperkenalkan eksklusif untuk peranti yang dibangunkan menggunakan platform Project Tango dengan penawaran aplikasi ‘Google Measure’ untuk semua peranti Android dengan sokongan ARCore.

Aplikasi Google Measure versi 2.0 ini membolehkan pengguna untuk mendapatkan ukuran sesuatu objek dengan lebih mudah dan efisien. Bagi memudahkan pengguna memahami cara penggunaannya, Google turut menyediakan tutorial cara penggunaannya.

Muat turun aplikasi Google Measure : Google Play Store

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend