Aplikasi Evernote Bakal Sokong Fungsi AI Untuk Memudahkan Pengguna Comments Off on Aplikasi Evernote Bakal Sokong Fungsi AI Untuk Memudahkan Pengguna

Pembangun Evernote yang merupakan sebuah aplikasi pengambilan nota yang agak popular di kalangan pemilik telefon pintar telah mendedahkan bahawa mereka akan memperkenalkan satu fungsi baharu berasaskan AI (Kecerdasan Buatan) untuk aplikasi tersebut.

Sungguhpun begitu, fungsi itu masih lagi dalam peringkat awal dan belum lagi sedia untuk digunakan dalam masa terdekat ini. Menurut pembangun aplikasi tersebut, sokongan AI dengan keupayaan pembelajaran mesin ini dikatakan mampu memudahkan pengguna kerana setiap nota akan diasingkan secara automatik mengikut kategori berbeza dan dalam masa yang sama akan menentukan nota mana yang perlu diberi keutamaan.

Sebenarnya fungsi AI pada aplikasi Evernote ini dikatakan menyerupai fungsi AI yang disokong oleh Gmail dan ia dikatakan mampu beroperasi dengan lebih baik dari masa ke semasa.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend