Aplikasi AR Untuk Susun Atur Virtual Dari Ikea Comments Off on Aplikasi AR Untuk Susun Atur Virtual Dari Ikea

Majoriti rakyat Malaysia memang suka sangat perabot Ikea, dan kami juga tidak terkecuali. Dengan rekaan moden dan minimal, perabot dan barangan rumah dari Sweden ini memang sangat menambat hati. Ikea juga merupakan salah satu syarikat yang berani untuk mengintegrasikan teknologi di dalam perniagaan mereka, kini mereka sudah pun melancarkan aplikasi susun atur virtual yang menggunakan teknologi AR untuk Android.

Aplikasi Ikea Place membolehkan korang melayari katalog perabot dengan lebih daripada 3,000 produk dan meletakkannya di mana saja di dalam bilik. Melalui cara ni, tak perlulah korang bersusah payah berimaginasi kat stor Ikea nanti. Kalau bosan di tengah-tengah bulan pun boleh main susun atur perabot, walaupun sebenarnya tengah sengkek.

Namun, satu perkara yang harus korang tahu, Ikea Place menggunakan teknologi ARCore yang hanya disokong Google Pixel, flagship Samsung dari tahun 2016 sehingga terbaru, LG V30, V30 Plus, Asus Zenfone AR, dan juga OnePlus 5. Aplikasi ini sebenarnya sudah pun dilancarkan pada September 2016 untuk iOS dan kini ia sudah ada pada dua platform utama mobil.

Korang boleh muat turun di:

Ikea Place Android

Ikea Place iOS

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend