Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kemas Kini Android 11?! Comments Off on Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kemas Kini Android 11?!

Google kini telahpun mula mengumumkan ketersediaan kemas kini Android 11 Developer Preview untuk peranti terpilih, dan ini agak mengejutkan kerana Google dilihat telah memperkenalkan versi percubaan ini lebih awal berbanding sebelum ini. Jadi berikut adalah perkara yang perlu anda tahu tentang Android 11 ini…

Panduan garis masa Android 11:

Melalui perancangan yang telah ditetapkan oleh Google, program Android 11 Developer Preview akan diuji bermula daripada bulan Februari sehingga bulan April ini untuk percubaan awal.

Manakala tiga versi beta pula akan menyusul daripada bulan Mei sehingga suku ketiga tahun ini. Versi stabil untuk Android 11 akan dilepaskan untuk AOSP dan ekosistem menjelang suku ketiga tahun 2020.

  • Februari – Developer Preview 1
  • Mac – Developer Preview 2
  • April – Developer Preview 3
  • Mei – Beta 1
  • Jun – Beta 2
  • Suku ketiga – Beta 3
  • Suku ketiga – Pelepasan akhir

Peranti yang layak untuk menguji Android 11 Developer Preview:

Sebagaimana sebelum ini, program untuk menguji Android 11 Developer Preview ataupun Android 11 Beta hanya tersedia untuk peranti keluaran Google sahaja. Berikut adalah senarai model Google Pixel yang layak untuk menyertainya:

Google Pixel 4 dan Pixel 4 XL
  • Pixel 2/2 XL
  • Pixel 3/3 XL
  • Pixel 3a/3a XL
  • Pixel 4/4 XL

Antara fungsi menarik yang disokong oleh Android 11:

  • Penjadualan Mod Gelap
    • Mod gelap sebelum ini telah diperkenalkan secara rasmi pada Android 10, dan pengguna boleh mengaktifkan ataupun menyahaktifkan mod gelap itu secara manual. Tetapi dengan Android 11, mod gelap kini boleh diaktifkan atau dinyahaktifkan secara automatik mengikut masa yang ditetapkan.
kredit: 9to5Google
  • Chat Bubbles
    • Melalui fungsi Chat Bubbles, Android 11 kini berupaya menyokong pengalaman sembang mirip seperti fungsi Chat Heads pada aplikasi Facebook Messenger. Ini membolehkan pengguna berbual dengan lebih ramai pengguna dalam satu-satu masa.
  • Bluetooth tidak ditutup apabila Mod Penerbangan diaktifkan
    • Apabila mod penerbangan (Airplane Mode) diaktifkan, sambungan Bluetooth tidak lagi akan dimatikan secara automatik seperti sebelum ini. Perkara ini sememangnya sangat praktikal kerana pengguna tidak lagi perlu membuat sambungan semula Bluetooth.
kredit: 9to5Google
  • Pilihan untuk meningkatkan sensitiviti sentuhan
    • Android 11 akan turut diperkenalkan dengan fungsi yang sangat dinantikan iaitu menu Touch Sensitivity. Pengguna boleh mengaktifkan fungsi ini di menu Settings sebelum mereka memakai sarung tangan ataupun ketika menggunakan pelindung skrin.
  • Fungsi ‘Mute Notifications’ ketika menggunakan kamera
    • Gangguan bunti notifikasi ketika sedang merakam video ataupun membuat panggilan video kini tidak lagi menjadi masalah dengan adanya fungsi Mute Notifications. Ini kerana kesemua bunyi notifikasi akan ditutup apabila anda mengaktifkan aplikasi kamera.
  • Tab perbualan baharu
    • Android 11 akan turut didatangkan dengan fungsi tab dedikasi perbualan di ruangan panel notifikasi bagi memudahkan pengguna melihat mesej terakhir yang diterima. Malah pengguna juga boleh menghantar gambar dengan lebih mudah dan cepat melalui notifikasi tersebut.
kredit: 9to5Google
  • Pilihan permintaan kebenaran pada peranti
    • Sebelum ini pengguna perlu menutup kebenaran untuk mengakses perkakasan pada peranti yang diperlukan oleh aplikasi secara manual. Kini dengan Android 11, pengguna boleh memilih untuk memberi kebenaran automatik setiap kali aplikasi digunakan ataupun permintaan kebenaran untuk tempoh satu kali sahaja.
  • Sokongan API untuk teknologi baharu
    • Android 11 akan turut dilengkapi dengan API yang boleh menyokong pelbagai teknologi baharu termasuklah sambungan 5G, telefon pintar dengan rekaan skrin boleh lipat, dan juga keupayaan pembelajaran mesin. Ini memudahkan pengeluar untuk menghasilkan peranti generasi baharu tanpa perlu bergantung kepada kod pihak ketiga.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend