Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kad Memori NM Keluaran Huawei?! Comments Off on Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Kad Memori NM Keluaran Huawei?!

Selain mengumumkan Mate 20 dan Mate 20 Pro, Huawei turut mengumumkan kemunculan kad memori nano pertama di dunia iaitu dikenali sebagai kad NM. Selepas 15 tahun kad microSD dikomersialkan, Huawei telah membuat satu revolusi baru dengan menghasilkan kad NM yang menjanjikan saiz 45% lebih kecil berbanding kad memori microSD biasa.

Dengan rekaan dan juga saiz kad NM yang sama seperti kad nano SIM, pengguna boleh memasukkan kad NM ini ke dalam slot kad nanoSIM pada peranti yang menyokongnya. Ini bermakna anda masih boleh menggunakan kad NM ini pada slot kad SIM kedua tanpa masalah.

Setakat ini kad NM hanya ditawarkan dalam kapasiti 256GB, dan ia berupaya menyokong kepantasan penghantaran data sehingga 90MB/s. Buat masa ini hanya peranti terpilih keluaran Huawei sahaja mampu menyokong kad NM iaitu Mate 20, Mate 20 Pro, Mate 20 RS dan juga Mate 20 X.

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend