Apa Yang Korang Nak Semua Ada Pada Nokia 8 Sirocco! 0 336

Tidak dinafikan lagi bahawa kemunculan semula jenama Nokia dalam industri telefon pintar perlu dipandang serius oleh pesaingnya yang lain kerana ‘lejen’ ini mampu menggugat takhta mereka dengan kemunculan peranti flagship keluarannya. Penggunaan antaramuka asal Android pada setiap peranti keluaran Nokia ini juga sebenarnya menjadi salah satu daya tarikan pengguna yang inginkan pengoperasian yang lebih ringkas dan praktikal.

Panel depan P-OLED QHD ini tampil dengan rekaan melengkung yang sangat menarik.

Apa yang pasti, pendedahan Nokia 8 Sirocco dalam acara MWC 2018 ini telah berjaya menarik perhatian ramai kerana ia boleh dianggap sebagai peranti Android terbaik yang pernah dihasilkan oleh Nokia buat masa ini. Walaupun HMD Global dilihat masih mengekalkan identiti ikonik rekaan Nokia pada model baharu ini, Nokia 8 Sirocco telah menerima penambahbaikan yang lebih menarik dengan rekaan sisi yang melengkung pada panel depan dan belakangnya.

Panel belakang kaca dari Corning Gorilla Glass 5 ini telah menempatkan dwi lensa Carl Zeiss dengan sensor pengimbas cap jari.

Dengan menampilkan hampir 95% kaca Corning Gorilla Glass 5 pada rekaannya, ia turut menerima sentuhan stainless-steel pada bahagian kerangkanya agar lebih kukuh. Panel depan telah memperlihatkan paparan skrin 5.5 inci P-OLED QHD (1440 x 2560 piksel) dengan rekaan tanpa bingkai pada bahagian tepinya.

Nokia 8 Sirocco ini sememangnya berkuasa dengan penyediaan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 835, memori RAM 6GB, ruang storan sebesar 128GB dengan sokongan slot kad microSD sehingga 256GB (slot kad hibrid). Ia juga turut menyokong ciri kalis air dan debu dengan pengiktirafan IP67, bateri berkapasiti 3260 mAh dengan teknologi Quick Charge 4.0 serta pengecasan tanpa wayar Qi.

Kerangka sisi Nokia 8 Sirocco diperbuat daripada stainless-steel sama seperti iPhone X.

Aspek penggambarannya juga tidak diabaikan dengan sokongan dwi lensa Carl Zeiss sebesar 12 Megapiksel (f/1.75, OIS) dan 13 Megapiksel (f/2.6, 2x zum optikal). Manakala lensa depannya pula hanya beresolusi 5 Megapiksel (f/2.0).

Nokia 8 Sirocco akan dijual mulai April 2018 ini dengan tanda harga €749 (kira-kira RM3,572) seunit.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend