Apa Keistimewaan EMUI 9.1 Berbanding Versi EMUI Sebelum Ini?! Comments Off on Apa Keistimewaan EMUI 9.1 Berbanding Versi EMUI Sebelum Ini?! 1226

Tidak dinafikan lagi bahawa dari segi penampilan luaran, EMUI 9.1 masih mengekalkan antaramuka yang sama seperti EMUI 9.0. Tetapi untuk pengetahuan anda, EMUI 9.1 lebih memfokuskan kepada beberapa ciri-ciri atau fungsi baharu pada peranti yang dioperasikannya. Berikut adalah senarainya:

GPU Turbo 3.0

Kini ia telah menyokong GPU Turbo 3.0 yang menjanjikan penggunaan tenaga sehingga 10% dan dalam masa yang sama menjanjikan pengalaman permainan yang lebih lancar dengan rangkaian yang lebih stabil. Selain itu ia juga turut menyokong sehingga 25 judul permainan mudah alih, termasuklah Fortnite, PES2019, FIFA Mobile, Minecraft dan banyak lagi.

Sistem fail EROFS

EROFS atau turut dikenali sebagai Extendable Read-Only File System telah diperkenalkan bagi menggantikan sistem fail EXT4 yang biasa digunakan pada telefon pintar. Penggunaan sistem fail baharu ini mampu meningkatkan kepantasan bacaan sehingga 20% iaitu mencecah sehingga 63.3MB/s. Malah sistem fail EROFS ini juga turut menjimatkan penggunaan ruang memori.

Google Assistant kini lebih mudah diakses

Sokongan EMUI 9.1 membolehkan pengguna untuk mengakses pembantu suara seperti Google Assistant dengan lebih mudah dan pantas. Terdapat dua cara boleh anda gunakan untuk mengaktifkan Google Assistant iaitu dengan menekan butang kuasa selama 1 saat ketika telefon pintar berada dalam mod sleep, atau anda boleh mengaktifkannya dengan meleretkan jari pada bahagian bawah kiri atau kanan skrin.

VLOG

Huawei VLOG merupakan satu fungsi menarik yang boleh anda gunakan untuk membuat suntingan video dengan lebih mudah dan video itu boleh dikongsikan dengan hanya satu klik sahaja. Bahagian tertentu video akan disunting secara automatik dengan filter yang lebih dramatik, dan dalam masa yang sama memberikan pilihan untuk sentuhan efek kelajuan serta muzik latar yang unik.

Digital Car Key

Dengan bantuan sambungan NFC, anda boleh menggunakan peranti dengan EMUI 9.1 untuk membuka pintu kereta dan menghidupkan enjin. Malah fungsi ini masih boleh digunakan walaupun bateri peranti anda sudah habis. Buat masa ini sebanyak 7 model kereta Audio menyokong fungsi Huawei Digital Car Key ini.

Huawei Share OneHop

Proses pemindahan fail seperti gambar, video atau dokumen kini boleh dibuat dengan lebih mudah di antara peranti yang menyokong fungsi Huawei Share OneHop ini. Anda hanya perlu menyentuhkan bahagian NFC untuk memulakan proses pemindahan fail.

Teman terbaik ketika bersenam

Peranti EMUI 9.1 boleh digunakan untuk mendapatkan bacaan kalori yang terbakar, kelajuan larian dan juga tempoh bersenam. Anda hanya perlu menyentuh peranti ini pada alat senaman treadmill untuk mendapatkan bacaan data secara masa-nyata menggunakan algoritma pintar untuk mengukur getaran ketika melangkah.

Miliki telefon pintar Huawei dengan sokongan EMUI 9.1:

Baca juga:

Senarai Rasmi 34 Model Telefon Pintar Dan Tablet Huawei Yang Akan Menerima Kemas Kini EMUI 9.1

Antaramuka EMUI Daripada Huawei Kini Memiliki 470 Juta Pengguna Aktif Setiap Hari Di 216 Buah Negara

[Tips] Cara Mudah Untuk Menambah Fungsi Rakaman Panggilan Pada Peranti Dengan Sokongan EMUI 9

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend