AnTuTu Dedahkan Senarai 10 Peranti Android Dengan Prestasi Paling Berkuasa Untuk Bulan September 2018 Comments Off on AnTuTu Dedahkan Senarai 10 Peranti Android Dengan Prestasi Paling Berkuasa Untuk Bulan September 2018

Berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh AnTuTu sebelum-sebelum ini, Xiaomi Black Shark dilihat telah berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai telefon pintar Android terbaik untuk beberapa bulan berturut-turut. Tetapi memandangkan bulan September telah berakhir, adakah peranti gaming itu masih mampu mengekalkan takhtanya sebagai peranti paling berkuasa?!

Keputusan benchmark ini diambil berasaskan skor purata yang dicatatkan sepanjang bulan September 2018.

Akhirnya kedudukan tempat pertama yang disandang oleh Xiaomi Black Shark telah berjaya dirampas oleh model yang baru sahaja dilancarkan iaitu ASUS ROG Phone. Perkara ini sememangnya tidak mengejutkan kerana ROG Phone telah dikuasakan dengan Snapdragon 845 yang mana frekuensinya ditala lebih tinggi mencecah 2.96 GHz. Ini secara tidak langsung mampu memastikan prestasi yang lebih berkuasa berbanding Snapdragon 845 biasa.

Apa yang menariknya, buat pertama kalinya model Pocophone F1 juga turut tersenarai sebagai telefon pintar Android paling berkuasa di pasaran setakat ini. Walau bagaimanapun jelas dapat dilihat bahawa peranti Snapdragon 845 yang lain seperti OnePlus 6, masih mampu mencatatkan skor purata yang lebih tinggi biarpun tidak dilengkapi dengan teknologi sistem penyejukan sebagaimana Pocophone F1.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend