AnTuTu Dedahkan Senarai 10 Peranti Android Dengan Prestasi Paling Berkuasa Untuk Bulan Ogos 2018 Comments Off on AnTuTu Dedahkan Senarai 10 Peranti Android Dengan Prestasi Paling Berkuasa Untuk Bulan Ogos 2018

Jika pada bulan Julai yang lepas AnTuTu telah mendedahkan 10 telefon pintar Android dengan prestasi paling berkuasa, kali ini sekali lagi AnTuTu telah berkongsi pula 10 telefon pintar Android terbaik untuk bulan Ogos.

Apa yang menariknya, Xiaomi Black Shark dilihat masih lagi berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai telefon pintar Android paling berprestasi tinggi. Manakala di dalam senarai untuk bulan Ogos ini telah memperlihatkan kemunculan beberapa model baru seperti Meizu 16th, Xiaomi Mi 8 Explorer Edition dan juga Samsung Galaxy Note 9.

Senarai yang dipaparkan oleh AnTuTu v7 ini merupakan keputusan skor purata dan bukannya skor tertinggi yang berjaya dicatatkan oleh peranti.
  1. Xiaomi Black Shark (292,887 poin)
  2. Meizu 16th (291,025 poin)
  3. Smartisan R1 (289,490 poin)
  4. vivo NEX (286,286 poin)
  5. Xiaomi Mi 8 Explorer Edition (286,268 poin)
  6. OPPO Find X (285,344 poin)
  7. OnePlus 6 (284,470 poin)
  8. Samsung Galaxy Note 9 (282,958 poin)
  9. Xiaomi Mi 8 (272,527 poin)
  10. Xiaomi Mi MIX 2S (265,256 poin)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend