AnTuTu Dedahkan Senarai 10 Peranti Android Dengan Prestasi Paling Berkuasa Untuk Bulan Julai 2018 Comments Off on AnTuTu Dedahkan Senarai 10 Peranti Android Dengan Prestasi Paling Berkuasa Untuk Bulan Julai 2018

Bulan Julai yang lalu terdapat pelbagai peranti Android dengan sokongan pemproses berkuasa telah mula tersedia di pasaran, ini termasuklah model yang dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 845 seperti OPPO Find X, vivo NEX, dan juga Xiaomi Mi 8 (di China).

Bagi mengetahui senarai kedudukan peranti Android yang paling berkuasa, pembangun aplikasi yang menjadi penanda aras paling popular di kalangan pemilik peranti Android iaitu AnTuTu telah mendedahkan 10 model yang paling berkuasa untuk bulan Julai 2018 seperti berikut:

Senarai yang dipaparkan oleh AnTuTu v7 ini merupakan keputusan skor purata dan bukannya skor tertinggi yang berjaya dicatatkan oleh peranti.

 

  1. Xiaomi Black Shark (292,977 poin)
  2. OPPO Find X (286,589 poin)
  3. vivo NEX (283,877 poin)
  4. OnePlus 6 (282,644 poin)
  5. Smartisan R1 (274,729 poin)
  6. Xiaomi Mi 8 (272,555 poin)
  7. Xiaomi Mi MIX 2S (262,751 poin)
  8. Samsung Galaxy S9+ (262,579 poin)
  9. Samsung Galaxy S9 (261,787 poin)
  10. Sony Xperia XZ2 (250,293 poin)

Melalui senarai 10 peranti Android dengan prestasi terbaik ini, Xiaomi Black Shark dilihat masih lagi berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai peranti Android paling berkuasa. Namun begitu, model yang baharu diperkenalkan iaitu OPPO Find X dan vivo NEX dilihat telah berjaya memintas OnePlus 6 yang sebelum ini selesa berada di tangga kedua pada bulan Jun 2018 yang lalu.

Apa yang menariknya, tujuh daripada peranti dengan skor tertinggi ini telah didominasi oleh peranti Android yang datangnya dari tanah besar China. Manakala tempat kelapan dan kesembilan dikuasai oleh peranti dari Korea Selatan, diikuti tempat ke-10 dari Jepun.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend