AnTuTu Dedah Senarai 10 Peranti Android Global Berprestasi Tinggi Untuk Bulan September 2019 Comments Off on AnTuTu Dedah Senarai 10 Peranti Android Global Berprestasi Tinggi Untuk Bulan September 2019 226

Setiap kali muncul telefon pintar model baharu di pasaran, kedudukan di dalam senarai telefon pintar Android global berprestasi tinggi sering kali memperlihatkan perubahan yang agak drastik. Namun begitu untuk bulan September 2019, kedudukan 10 telefon pintar yang tersenarai dilihat tidak begitu banyak berubah.

Sama seperti kedudukan pada bulan lepas, ROG Phone II, ASUS ZenFone 6 dan juga OnePlus 7 Pro dilihat masih kekal di tempat pertama hingga ketiga. Manakala model Samsung Galaxy Note 10+ 5G yang dioperasikan dengan cipset Exynos 9825 telah tersingkir daripada senarai, dan ia telah digantikan dengan kemunculan pertama model Sony Xperia 1 yang dikuasakan dengan cipset Snapdragon 855.

*Nota: Senarai di atas merupakan telefon pintar dengan skor purata tertinggi yang berjaya dicatatkan di dalam aplikasi penanda aras AnTuTu v7.

Senarai 10 telefon pintar Android Global terbaik untuk bulan Ogos 2019:

  1. ROG Phone II (Snapdragon 855 Plus) → 396,200
  2. ASUS ZenFone 6 (Snapdragon 855) → 377,199
  3. OnePlus 7 Pro (Snapdragon 855) → 373,097
  4. OnePlus 7 (Snapdragon 855) → 372,001
  5. Xiaomi Mi 9 (Snapdragon 855) → 369,870
  6. Redmi K20 Pro (Snapdragon 855) → 366,003
  7. Black Shark 2 (Snapdragon 855) → 365,415
  8. Xiaomi Mi 9T Pro (Snapdragon 855) → 365,383
  9. Sony Xperia 1 (Snapdragon 855) → 349,501
  10. Samsung Galaxy Note10+ (Exynos 9825) → 348,630

Baca juga:

AnTuTu Dedah Senarai 10 Peranti Android Global Berprestasi Tinggi Untuk Bulan Ogos 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend