AnTuTu Dedah Senarai 10 Peranti Android Berprestasi Tinggi Untuk Bulan Jun 2019 Comments Off on AnTuTu Dedah Senarai 10 Peranti Android Berprestasi Tinggi Untuk Bulan Jun 2019 323

Sama seperti bulan Mei 2019 yang lalu, telefon pintar Android yang dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 855 telah mendominasi senarai telefon pintar Android paling berkuasa di pasaran. Malah hampir kebanyakan model telefon pintar yang tersenarai pada bulan lepas masih kekal di dalam senarai tetapi kedudukannya sedikit berubah.

Menariknya daripada 10 telefon pintar yang tersenarai untuk bulan Jun 2019, ada dua model baharu telah mula berada di dalam kelompok 10 peranti Android terbaik iaitu Redmi K20 Pro dan juga OnePlus 7. Berikut adalah senarai penuh top 10 telefon pintar Android paling berkuasa setakat ini:

Senarai 10 telefon pintar Android terbaik untuk bulan Jun 2019:

  1. Nubia Red Magic 3 (Snapdragon 855) → 382,331
  2. Black Shark 2 (Snapdragon 855) → 375,592
  3. Xiaomi Mi 9 Explorer Edition (Snapdragon 855) → 371,021
  4. Xiaomi Mi 9 (Snapdragon 855) → 370,884
  5. OnePlus 7 Pro (Snapdragon 855) → 368,307
  6. Meizu 16s (Snapdragon 855) → 367,981
  7. OnePlus 7 (Snapdragon 855) → 367,718
  8. Redmi K20 Pro (Snapdragon 855) → 367,003
  9. Samsung Galaxy S10+ (Snapdragon 855) → 361,449
  10. Samsung Galaxy S10 (Snapdragon 855) → 360,327

Baca juga:

AnTuTu Dedah Senarai 10 Peranti Android Berprestasi Tinggi Untuk Bulan Mei 2019

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend