AnTuTu Dedah Senarai 10 Peranti Android Berprestasi Tinggi Untuk Bulan Disember 2018 Comments Off on AnTuTu Dedah Senarai 10 Peranti Android Berprestasi Tinggi Untuk Bulan Disember 2018

Selepas beberapa bulan berada di tangga teratas, akhirnya siri Huawei Mate 20 yang dikuasakan oleh pemproses Kirin 980 berasaskan proses fabrikasi 7nm ini telah dipintas oleh model yang baru sahaja dilancarkan iaitu Nubia Red Magic Mars.

Dioperasikan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 845 yang turut dilengkapi dengan sistem penyejukan yang dikenali sebagai ‘ICE’, Nubia Red Magic Mars telah mencatatkan skor mencecah 320,464. Sekaligus mengenepikan Huawei Mate 20 di kedudukan kedua dengan skor 309,130.

Tempat kedua pula telah memperlihatkan kemunculan buat kali pertama model yang juga baru dilancarkan iaitu Honor V20 yang juga dioperasikan oleh Kirin 980. Manakala tempat ketiga hingga kelima juga telah didominasi oleh peranti yang dikuasakan oleh Kirin 980 iaitu model Mate 20 X, Mate 20 Pro dan juga Honor Magic 2.

Senarai 10 peranti Android dengan skor purata AnTuTu tertinggi untuk bulan Disember 2018:

  1. Nubia Red Magic Mars (Snapdragon 845) – 320,464
  2. Huawei Mate 20 (Kirin 980) – 309,130
  3. Honor V20 (Kirin 980) – 305,525
  4. Huawei Mate 20 X (Kirin 980) – 304,096
  5. Huawei Mate 20 Pro (Kirin 980) –  302,872
  6. Honor Magic 2 (Kirin 980) – 300,978
  7. Xiaomi Black Shark Helo (Snapdragon 845) – 300,211
  8. OnePlus 6T (Snapdragon 845) – 296,278
  9. Xiaomi Black Shark (Snapdragon 845) – 294,193
  10. Nubia X (Snapdragon 845) – 294,032
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend