Antaramuka Xperia Home Akan Dihentikan Dan Bakal Digantikan Dengan Antaramuka Baharu Comments Off on Antaramuka Xperia Home Akan Dihentikan Dan Bakal Digantikan Dengan Antaramuka Baharu

Setelah sekian lama Sony menggunakan launcher Xperia Home pada peranti keluarannya, akhirnya Sony telah mengesahkan berita mengenai pembaharuan yang akan dilaksanakan pada perisian antaramuka yang digunakannya itu. Menurut Sony, antaramuka Xperia Home akan dihentikan dan bakal digantikan dengan antaramuka baharu pada masa akan datang.

Antaramuka Xperia Home pada peranti Sony Xperia.

Perkara ini telah disahkan lagi dengan pengumuman yang dibuat pada minggu lepas, di mana launcher Xperia Home telah memasuki mod penyelenggaraan. Bahkan aplikasi Xperia Weather juga dikatakan tidak lagi menerima sebarang kemas kini baharu. Namun jika anda beranggapan Sony akan menggunakan antaramuka asli Android pada peranti keluarannya pada masa akan datang, ia tidak benar kerana pihak Sony telah mendedahkan kemunculan launcher terbarunya melalui komuniti Xperia Home Open Beta di Google+.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend