Antaramuka Awal EMUI 10 Berasaskan Android Q Untuk Peranti HUAWEI Mula Tertiris Comments Off on Antaramuka Awal EMUI 10 Berasaskan Android Q Untuk Peranti HUAWEI Mula Tertiris 319

Berita mengenai pembangunan EMUI 10 berasaskan Android Q dengan sokongan Google Play Store bukanlah sesuatu yang baru kerana versi beta untuk model HUAWEI P30 Pro sudahpun tersedia untuk dicuba di pasaran terpilih. Malah sebelum ini satu screenshot yang memperlihatkan sokongan fungsi ‘Dark Mode’ yang kini diletakkan di bawah tetapan menu ‘Display’ sudahpun diperlihatkan.

Memandangkan versi EMUI 10 akan diperkenalkan serentak dengan pelancaran siri HUAWEI Mate 30 nanti, portal HuaweiCentral baru-baru ini telah mendedahkan ketirisan antaramuka EMUI 10 dengan memperlihatkan screenshot untuk homescreen, aplikasi Weather, ruangan notifikasi, viewfinder kamera dan juga antaramuka pengurusan ‘privacy and permission’ seperti berikut:

Antaramuka asas

Antaramuka EMUI 10 kini menampilkan antaramuka dengan sentuhan imej latar dengan efek jalur samar yang memenuhi keseluruhan skrin. Menurut HuaweiCentral, aplikasi Weather dan juga widget untuk aplikasi itu juga telah menggunakan skema warna baharu dengan penampilan yang diperbaharui. Lebih istimewa, ruangan notifikasi atau quick settings juga tampil dalam kemasan lut sinar.

Antaramuka kamera

Pengalaman bergambar pada EMUI 10 turut menjanjikan sedikit kelainan kerana setiap mod akan dipaparkan dalam tulisan besar dengan jenis font yang berbeza berbanding sebelum ini. Setiap fungsi yang diaktifkan juga akan dipaparkan dalam warna merah bagi menggantikan warna jingga sebelum ini. Menu tetapan pada kamera juga kini tampil lebih ringkas dan lebih mudah difahami.

Pengurusan ‘privacy dan permission’

Berdasarkan versi pengujian yang telah dicuba, EMUI 10 juga turut memaparkan sistem pengurusan ‘privacy and permission’ baharu yang sebelum ini diperkenalkan pada Android Q. Melalui sistem pengurusan baharu ini, pengguna memiliki kuasa mutlak untuk membenarkan ataupun tidak untuk sesuatu aplikasi mengakses maklumat sulit seperti lokasi dan storan.

Buat masa ini HUAWEI dilaporkan telah mengesahkan sokongan kemas kini EMUI 10 berasaskan Android Q untuk 17 model telefon pintar keluaran HUAWEI. Namun begitu, tiada tarikh spesifik berhubung ketersediaan kemas kini itu untuk peranti yang tersenarai.

Baca juga:

11 Model Telefon Pintar Keluaran Huawei Ini Mungkin Akan Terima Kemas Kini Android Q Dengan Sokongan Aplikasi Google

Fungsi Antaramuka Gelap Pada EMUI 10 Berasaskan Android Q Beta Kini Dikenali Sebagai ‘Dark Mode’ Dan Lebih Mudah Diakses

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend