ANKER Lancar Kedai Rasmi Di Shopee Dengan Menawarkan Diskaun Sehingga 80% Pada 12 Disember Comments Off on ANKER Lancar Kedai Rasmi Di Shopee Dengan Menawarkan Diskaun Sehingga 80% Pada 12 Disember

ANKER Innovations (ANKER) selaku pengeluar aksesori terkenal, kini telah melancarkan kedai atas talian rasmi ANKER Flagship Store di platform Shopee. Buat masa ini ANKER telah menawarkan sebanyak 67 produk yang terdiri daripada pelbagai aksesori termasuklah palam kuasa dengan pengecasan pantas, powerbank, kabel, headset TWS dan banyak lagi.

Bersempena dengan jualan promosi ‘Shopee 12.12 Birthday Sale’, ANKER turut menjanjikan nilai belian lebih baik dengan diskaun sehingga 80% untuk produk terpilih hanya untuk tempoh satu hari pada 12 Disember 2019 nanti. Berikut adalah antara tawaran hebat yang anda boleh nikmati pada hari tersebut:

This slideshow requires JavaScript.

Pada hari yang sama juga (12 Disember 2019), anda boleh mendapatkan lebih penjimatan dengan menggunakan kod promo ‘ANKER1212’ untuk menerima diskaun tambahan sebanyak RM15 untuk pembelian minimum bernilai RM100.

Antara produk yang dijual melalui kedai rasmi ANKER Flagship Store di Shopee.

ANKER Flagship Store di Shopee menjanjikan pengalaman pembelian produk yang lebih selamat kerana kesemua produk yang dijual adalah 100% tulen, dan dalam masa yang sama akan turut diberikan jaminan waranti sehingga 18 bulan. Malah sebarang pertanyaan berhubung produk boleh diajukan terus ke pegawai khidmat pelanggan ANKER di platform tersebut.

  • Kunjungi ANKER Flagship Store, eksklusif hanya di Shopee
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend