Android P Beta 2 Untuk OnePlus 6 Hadir Dengan Sokongan Google Lens, Face Unlock Dan Fungsi Sembunyikan Takuk Comments Off on Android P Beta 2 Untuk OnePlus 6 Hadir Dengan Sokongan Google Lens, Face Unlock Dan Fungsi Sembunyikan Takuk

Sebelum ini OnePlus telah mengumumkan ketersediaan muat turun kemas kini rasmi OxygenOS 5.1.6 yang membawakan fungsi mod potret untuk kamera hadapan OnePlus 6. Baru-baru ini, OnePlus sekali lagi telah memperkenalkan kemas kini baharu untuk pemiliki peranti berkenaan dengan kehadiran versi Android P Beta 2.

Melalui kemas kini terbaru untuk pengguna OnePlus 6 dalam versi beta ini, Android P Beta 2 menawarkan fungsi baharu serta beberapa penambahbaikan pada sistem operasinya. Kini pengguna bukan sahaja boleh mengakses peranti dengan menggunakan fungsi Face Unlock menggunakan kamera hadapan, malah ia turut memperkenalkan fungsi untuk anda menyembunyikan takuk pada skrin dan juga sokongan fungsi Google Lens pada aplikasi kamera.

Selain itu kemas kini ini juga turut hadir dengan penambahbaikan pada sistem operasi seperti fungsi untuk memilih warna sistem antaramuka, memperbaiki kestabilan kamera, memperbaiki isu kesesuaian sesetengah aplikasi dan juga tambahan fungsi Ambient Display pada antaramuka lockscreen.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend