Android P Bakal Muncul Pertengahan Bulan Ini! 0 113

Setiap kali beranjak ke tahun baru, kitaran sistem operasi peranti pintar juga akan berubah dan pada tahun ini kita bakal menyaksikan Google melancarkan versi Android baru yang setakat ini hanya dikenali dengan Android P.

Bermula dengan Android Nougat pada tahun 2016 di mana Google melancarkan versi developer preview pada awal tahun dan diikuti oleh Android Nougat pada awal tahun 2017, corak pelancaran ini bakal dikekalkan juga pada versi 2018. Dijangkakan Google bakal melancarkan Android P Developer Preview di dalam masa terdekat, sekitar pertengahan bulan Mac.

Tidak banyak yang boleh diperkatakan berkenaan feature Android P buat masa sekarang, hanya ada dua feature yang kuat diperkatakan akan hadir pada versi ini. Satunya adalah sistem sekuriti yang menghalang aplikasi dari merekod audio di dalam mod background atau idle. Yang kedua adalah Google dikatakan bakal mengoptimumkan sistem operasi Android P untuk peranti dengan rekaan panel paparan ber-notch.

Ikuti kami di Facebook bagi mendapatkan berita pantas berkenaan Android P dan juga lain-lain berita berkenaan dunia smartphone teknologi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend