
Pertengahan bulan Mac yang lalu, ASUS telah mengumumkan tarikh ketersediaan kemas kini Android Oreo untuk tiga model keluarannya iaitu ZenFone 3 Deluxe (ZS550KL), ZenFone 3 Laser (ZC551KL), dan juga ZenFone 3 Zoom (ZE553KL). Namun begitu, sehingga 2 April 2018 ini, hanya model ZenFone 3 Deluxe sahaja yang telah menerima kemas kini tersebut.
[UPDATE] ZenFone 3 Laser (ZC551KL) & ZenFone 3 Zoom (ZE553KL)’s Oreo Update has been delayed due to certain issues that need to be fixed. Targeting to be release End of June! Sorry for this! 🙏🙏
— ASUS Malaysia (@asusmobilemy) April 2, 2018
Ketersediaan kemas kini Android Oreo untuk ZenFone 3 Laser dan juga ZenFone 3 Zoom yang dijadualkan pada penghujung bulan Mac yang lalu nampaknya telah ditangguhkan. Ini telah disahkan sendiri oleh ASUS Malaysia melalui akaun rasmi Twitter mereka pada hari ini kerana terdapat isu yang perlu dibaiki terlebih dahulu.
Menurut ASUS Malaysia, kemas kini Android Oreo untuk kedua-dua model ini dijangka akan boleh dimuat turun oleh pengguna pada penghujung bulan Jun 2018 nanti.