Android 9.0 Dijangka Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 20 Ogos Nanti Comments Off on Android 9.0 Dijangka Akan Dilancarkan Secara Rasmi Pada 20 Ogos Nanti

Jika dilihat semula pada statistik jumlah pengedaran versi Android yang dikeluarkan oleh Google setakat bulan Julai 2018 yang lalu, hanya 12.1% daripada peranti Android telah dikuasakan dengan Android Oreo. Sungguhpun begitu, jumlah sokongan Android Oreo pada telefon pintar dilihat semakin meningkat.

Pada minggu lepas, Google baru sahaja mengumumkan ketersediaan Android 9.0 atau lebih dikenali sebagai Android P yang kini telahpun memasuki fasa beta yang terakhir. Perkara ini secara tidak langsung telah memberi klu awal bahawa versi Android P ini bakal diperkenalkan dalam versi stabil tidak lama lagi.

Apa yang menariknya, Evan Blass baru-baru ini telah berkongsi satu imej kalendar yang ditandakan dengan huruf P berwarna hijau pada tarikh 20 Ogos 2018. Perkongsian ini jelas memberi klu tarikh pelancaran Android P dan ini disokong lagi dengan pelancaran versi Android Nougat pada tahun lepas yang juga diadakan pada bulan Ogos.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend