Android 10 Versi Stabil Mula Diterima Pengguna HUAWEI Mate 20 Pro Comments Off on Android 10 Versi Stabil Mula Diterima Pengguna HUAWEI Mate 20 Pro 138

Kemas kini stabil Android 10 kini dilaporkan telah mula diterima oleh pengguna HUAWEI Mate 20 Pro di Eropah. Ia didatangkan dengan sistem operasi EMUI 10.0 dan daripadanya sejumlah ciri terbaru ditawarkan untuk para pengguna termasuklah tampalan keselamatan bulan September 2019.

Penawaran ini sekaligus menjadikan Mate 20 Pro sebagai telefon pintar kedua yang menjalankan Android 10 selepas Mate 30 dan Mate 30 Pro. Kemas kini memerlukan ruang storan sebesar 4.42GB dan akan dilepaskan kepada semua pengguna secara berperingkat.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend