Anda Kini Boleh Mengikuti Apple Di TikTok Comments Off on Anda Kini Boleh Mengikuti Apple Di TikTok

Platfom perkongsian video pendek, TikTok merupakan aplikasi yang semakin popular di kalangan pengguna masa kini. Jika anda salah seorang daripadanya, kini anda boleh mengikuti Apple di laman media sosial tersebut.

Setakat hari ini, masih tiada video dimuat naik oleh syarikat gergasi ini tetapi jumlah pengikutnya dilihat semakin bertambah. Apple juga tidak meletakkan sebarang intro di akaun tersebut malahan seperti kita tahu Apple sangat terkenal dengan sikap minimalis mereka.

Menurut laporan, Tiktok mencatatkan peningkatan daripada segi pengguna dari seluruh dunia berbanding aplikasi yang seumpama dengannya. Ia juga adalah aplikasi yang paling banyak dimuat turun pada masa ini diikuti WhatsApp, Facebook, dan Instagram.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend