Amerika Syarikat Mahu Melihat Korea Selatan Bebas Dari Menggunakan Peralatan Huawei Comments Off on Amerika Syarikat Mahu Melihat Korea Selatan Bebas Dari Menggunakan Peralatan Huawei 909

Desakan Amerika Syarikat kepada syarikat-syarikat besar nampaknya membuahkan hasil apabila ARM, selaku pereka cip baru-baru ini telah mengambil keputusan untuk menghentikan hubungan perniagaan mereka dengan Huawei.

Terbaru, reuters melaporkan Jabatan Negara Amerika Syarikat telah mengadakan perjumpaan dengan delegasi Korea Selatan, dalam perbincangan tersebut Amerika Syarikat menyatakan mereka mahu melihat firma di Korea Selatan tidak menggunakan sebarang peralatan daripada Huawei.

Walau bagaimanapun, pembekal dari Korea Selatan memberitahu tiada kenyataan rasmi dibuat oleh kementerian Korea Selatan mahupun Amerika Syarikat yang mengkehendaki mereka berbuat demikian.

Washington kini dalam usaha menyeru sekutunya melakukan sekatan atau menghentikan operasi dengan gergasi telekomunikasi dunia, Huawei.

Terdahulu, Huawei telah kehilangan lesen Android daripada Google tetapi telah mendapat lesen sementara sehingga Ogos kelak. Pada masa ini, Huawei sedang menyiapkan sistem operasi sendiri untuk kegunaan telefon pintar mereka.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend