Amerika Syarikat Cuba Untuk Menyekat HUAWEI Daripada Mendapatkan Bekalan Cip Global Comments Off on Amerika Syarikat Cuba Untuk Menyekat HUAWEI Daripada Mendapatkan Bekalan Cip Global

Walaupun kerajaan AS sebelum ini berusaha keras untuk meyakinkan sekutunya agar tidak menggunakan perkakasan 5G daripada HUAWEI dengan dakwaan bahawa ia memiliki risiko keselamatan siber.

Jelas dapat dilihat bahawa masih banyak negara global yang masih yakin dengan kemampuan HUAWEI dalam menyediakan rangkaian 5G yang terbaik. Ternyata perkara ini tidak begitu disenangi oleh pentadbiran Trump.

Terbaharu, kerajaan AS dilaporkan sedang mempertimbangkan untuk menukar peraturan sedia ada bagi membolehkannya menghalang penghantaran cip daripada pengeluar global ke HUAWEI Technologies. Antara pembekal cip yang akan terkesan termasuklah TSMC Taiwan yang merupakan pengeluar cip terbesar dunia.

Kirin 980 merupakan antara cipset keluaran HUAWEI yang dibangun berasaskan proses 7nm daripada TSMC.

Di bawah cadangan draf tersebut, kerajaan AS akan memaksa syarikat asing yang menghasilkan cip menggunakan teknologi dari AS untuk mendapatkan lesen khas sebelum membekalkannya kepada Huawei.

Menurut sumber, cadangan ini merupakan antara pilihan yang akan dipertimbangkan pada peringkat mesyuarat peringkat tertinggi AS yang akan diadakan. Namun penggubalan peraturan itu masih lagi dalam peringkat awal dan keputusannya tidak lagi diketahui buat masa ini.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend