AMD Ryzen Threadripper Generasi Kedua Kini Boleh Didapati Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM2,749 Comments Off on AMD Ryzen Threadripper Generasi Kedua Kini Boleh Didapati Di Malaysia Dengan Harga Bermula RM2,749

AMD baru sahaja mengumumkan ketersediaan global dua model pemproses berprestasi tinggi terbaharunya iaitu Ryzen Threadripper 2970X dan juga Ryzen Threadripper 2970WX. Menariknya hari ini kedua-dua pemproses itu sudahpun boleh dimiliki dalam pasaran tempatan, bersama-sama dengan dua lagi model iaitu Ryzen Threadripper 2950X serta 2990WX.

Ryzen Threadripper 2970X telah didatangkan dengan sokongan 12 teras beserta keupayaan 24 bebenang, dan ia disasarkan untuk pengguna yang mementingkan prestasi pemproses ataupun gamers. Manakala Ryzen Threadripper 2970WX pula disasarkan untuk pengguna yang memerlukan prestasi yang maksimum dengan sokongan 24 teras beserta keupayaan 48 bebenang.

Harga pemproses AMD Ryzen Threadripper generasi kedua:

  • AMD Ryzen Threadripper 2990WX – RM7,999
  • AMD Ryzen Threadripper 2970WX – RM5,499
  • AMD Ryzen Threadripper 2950X – RM3,899
  • AMD Ryzen Threadripper 2920X – RM2,749
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend