Alliance Bank Kini Melancarkan Aplikasi Perbankan Pertamanya Untuk Peranti Android Dan iOS Comments Off on Alliance Bank Kini Melancarkan Aplikasi Perbankan Pertamanya Untuk Peranti Android Dan iOS

Sekiranya anda merupakan pemegang akaun Alliance Bank, kini anda sudah boleh memuat turun aplikasi perbankan digital yang baru sahaja dilancarkan oleh Alliance Bank Malaysia Berhad. Dengan sokongan aplikasi perbankan ini, pelanggan Alliance Bank berupaya menikmati pengalaman perbankan penuh pada bila-bila masa dan di mana jua terus melalui telefon pintar milik mereka.

Aplikasi perbankan allianceonline Mobile ini membolehkan pelanggan mengakses akaun perbankan atas talian, termasuklah untuk menyemak baki akaun, aliran transaksi, dan juga pengurusan e-deposit dalam cara yang termudah. Dengan sokongan teknologi terkini yang mampu mempelajari tingkah laku pembayaran, aplikasi ini telah disediakan dengan ciri Peringatan Pintar yang membantu pelanggan supaya tidak terlepas pembayaran kerana ia secara automatik akan mengingatkannya untuk anda.

Ciri Carian Mudah yang disokong juga memudahkan pelanggan untuk membuat pembayaran berulang dengan lebih mudah kerana mereka hanya perlu mencari transaksi yang lepas berdasarkan nama pemegang akaun, nombor akaun ataupun tujuan pembayaran. Pelanggan juga tidak perlu risau tentang aspek keselamatan transaksi kerana aplikasi ini akan menggunakan telefon bimbit pelanggan sebagai token keselamatan untuk pengesahan.

Muat turun aplikasi ‘allianceonline Mobile:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend