Alcatel 5 Hadir Dengan Skrin 18:9 Serta Fungsi Pengecaman Wajah 0 170

Agak lama kita tidak dengar cerita tentang jenama Alcatel yang satu ketika dahulu pernah menjadi salah satu jenama telefon yang telah memeriahkan pasaran tempatan dengan pelbagai model entry-level keluarannya melalui siri OT (One Touch).

Bagi meneruskan perjuangannya dalam pasaran yang semakin mencabar, TCL yang memiliki jenama Alcatel ini dilihat telah memperkenalkan satu model baharunya di dalam acara MWC 2018 yang berlangsung di Barcelona, Sepanyol. Model yang dimaksudkan adalah Alcatel 5 yang disasarkan untuk pasaran kelas pertengahan dengan harga jualannya €230 iaitu lebih kurang RM1,097.

Saiz bezel yang sangat nipis menjanjikan saiz kerangka yang kompak untuk peranti 5.7 inci.

Trend paparan skrin 18:9 kini telah diperkenalkan buat pertama kalinya pada Alcatel 5 yang memiliki saiz skrin sentuh sebesar 5.7 inci dengan resolusi HD+ (1440 x 720 piksel). Apa yang menariknya, bezel bahagian bawah peranti ini tampil dengan rekaan yang sangat nipis, sekaligus memastikan saiz kerangka yang lebih kompak dengan skrin yang lebih besar.

Dua lensa depan menjanjikan efek bokeh yang lebih baik.

Alcatel 5 ini juga turut menawarkan ciri-ciri premium yang jarang ditemui pada kebanyakan peranti pertengahan dengan sokongan kombinasi dua lensa kamera depan 16 Megapiksel + 8 Megapiksel. Malah sokongan dua lensa depan ini juga turut dilengkapi dengan ciri keselamatan biometrik pengecaman wajah yang dikenali sebagai Face Key.

Selain pengimbas cap jari, Alcatel 5 turut menyokong fungsi pengecaman wajah.
Spesifikasi Alcatel 5
Ukuran 152.3 x 71.1 x 8.4mm
Berat 144g
Platform Android 7.1 Nougat
CPU MediaTek MT6750
Octa Core (4×1.5GHz Cortex-A53 + 4×1.0GHz Cortex-A53)
GPU Mali-T860 MP2
Memori 32GB + RAM 3GB
microSD (sehingga 128GB)
Bateri 3,000 mAh
Paparan 5.7 inci IPS LCD
HD+ (1440 x 720 pixels)
18:9
Kamera Utama 12 Megapiksel (f/2.2, 1/2.9″, 1.25 µm, auto focus, dual tone LED flash)
Kamera Depan 16 Megapiksel + 8 Megapiksel (f/2.0, 1.4 μm)
Sambungan 802.11 b/g/n, Bluetooth v4.2, USB Type-C
Radio FM FM tanpa wayar
Pilihan Warna Metallic Gold dan Metallic Black
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend