Aksesori ‘Gaming’ Eksklusif Untuk Lenovo Legion Diperlihatkan, Turut Sokong Pengecasan Pantas 55W Comments Off on Aksesori ‘Gaming’ Eksklusif Untuk Lenovo Legion Diperlihatkan, Turut Sokong Pengecasan Pantas 55W

Sejak Disember tahun lepas, Lenovo dilihat telah mula memberi petunjuk bahawa mereka akan menceburi arena telefon pintar gaming yang akan diperkenalkan di bawah siri ‘Legion’.

Apa yang lebih menariknya, baru-baru ini Lenovo telah mula memuat naik sekeping gambar acah yang jelas memperlihatkan penawaran aksesori gaming khas untuk Lenovo Legion.

Walaupun tidak begitu jelas, antara aksesori yang akan ditawarkan termasuklah alat kawalan analog dan juga sarung pelindung yang terdedah pada bahagian tengahnya.

Lenovo Legion juga turut disahkan akan menyokong teknologi pengecasan pantas 55W. Namun begitu buat masa ini spesifikasi terperinci termasuk kapasiti bateri yang disokongnya.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend