Aksesori Galaxy S20 Mungkin Tidak Dapat Dibekalkan Gara-gara Virus Wuhan Comments Off on Aksesori Galaxy S20 Mungkin Tidak Dapat Dibekalkan Gara-gara Virus Wuhan

Angka kematian akibat wabak 2019-nCoV sedang meningkat dengan mendadak saban hari. Di China pelbagai langkah pencegahan telah dilakukan termasuk menghalang rakyat melaksanakan rutin harian.

Kedai dan pusat perniagaan ditutup malah pengeluar aksesori telefon pintar juga dikatakan menerima nasib yang sama.

Menurut MobileFun, terdapat banyak surat diterima daripada pengilang di sana yang mendakwa syarikat tidak dapat menghantar bekalan buat masa ini berikutan penularan wabak penyakit berjangkit Koronavirus.

Kerajaan China juga telah melanjutkan musim cuti perayaan sementara tindakan seperti menutup kilang sedang giat dijalankan. Ini adalah salah satu langkah mengekang jangkitan daripada berlaku.

Kesannya, aksesori telefon seperti peranti akan datang iaitu barisan Samsung Galaxy S20 mungkin tidak akan dibekalkan ke seluruh dunia. Ini juga bermakna tiada sarung pelindung untuk pemilik peranti terbaru ini apabila ia mula dilancarkan kelak.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend