Akaun Spotify Anda Akan Disekat Jika Anda Cuba Menghalang Iklan 0 467

Spotify hari ini mengemas kini polisi terma perkhidmatan yang mana akan menyekat akaun yang cuba menghalang iklan. Ini bermakna jika anda tidak melanggan perkhidmatan premium Spotify tetapi cuba menggunakan penghalang iklan, akaun anda akan disekat atau diharamkan terus daripada menstrim muzik.

Pengharaman ini akan dilaksanakan selepas 2 Mac 2019 bagaimanapun ia tidak disasarkan kepada pengguna premium kerana perkhidmatan mereka tidak menyediakan iklan. Mengikut laporan, tahun lalu sahaja sebanyak 2 juta pengguna dilaporkan telah menggunakan aplikasi tertentu untuk menghalang iklan semasa menstrim muzik.

Sekiranya anda salah seorang daripada pengguna percuma Spotify, kami sarankan anda untuk melanggan terus kepada perkhidmatan premium jika tidak mahu sebarang paparan iklan. Setakat ini Spotify dianggarkan memiliki 200 juta pengguna seluruh dunia iaitu 150 juta lebih ramai berbanding Apple Music.

Melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend