AirPods 3 Mungkin Berwajah Baharu, Menyertakan Pilihan Warna Selain Putih Comments Off on AirPods 3 Mungkin Berwajah Baharu, Menyertakan Pilihan Warna Selain Putih 284

Apple dilaporkan sedang berusaha untuk membikin TWS generasi ketiga mereka menerusi AirPods 3. Jika semuanya berjalan lancar, ia dijangka tiba ke pasaran pada tahun depan. Dalam imej pengolokan terbaru oleh Phone Industry, AirPods dipercayai akan hadir dengan rekaan serba baharu yang jauh berbeza dengan AirPods 2.

Perubahan drastik ini juga melihatkan fon telinga ini memiliki tangkai yang lebih pendek dan dilengkapi earbuds. Malah earbuds ini juga akan menggunakan warna yang sama mengikut warna badan fon telinga tersebut.

This slideshow requires JavaScript.

Ini sekaligus menjadikan AirPods 3 akan dikeluarkan dalam pilihan warna baharu seperti putih mutiara, hitam kusam, hitam berkilat, perak dan juga warna gangsa. Selain itu, AirPods 3 juga dilaporkan bakal menggunakan cip H2 untuk sambungan yang lebih stabil dan kukuh.

AirPods 3 turut menawarkan ciri pembatalan hingar serta sokongan kalis air yang masih belum ditentukan tahap pensijilannya. Untuk tarikh pelancaran TWS ini pula, ia berkemungkinan berlaku pada penghujung bulan ini bersama pengumuman iPad Pro dan MacBook Pro 16-inci. Harga pula sekitar USD249 hingga USD299 iaitu kira-kira RM1041 atau mencecah RM1253 seunit.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend