AGM X3 Merupakan Telefon Pintar Tahan Lasak Dengan Sokongan Snapdragon 845 Akan Dilancarkan Pada 29 Ogos 2018 Comments Off on AGM X3 Merupakan Telefon Pintar Tahan Lasak Dengan Sokongan Snapdragon 845 Akan Dilancarkan Pada 29 Ogos 2018 790

Pengeluar telefon pintar tahan lasak dari China iaitu AGM, hari ini telah membuat pengumuman rasmi bahawa mereka akan mengadakan majlis pelancaran rasmi global pada 29 Ogos 2018 nanti di Shenzen, China. Di dalam majlis tersebut, AGM akan memperkenalkan model terbaru telefon pintar tahan lasaknya iaitu AGM X3 buat pertama kalinya kepada umum.

AGM X3 dipercayai akan ditawarkan dalam dua kemasan panel belakang yang berbeza iaitu permukaan berkilat dan kusam.

Berbeza dengan kebanyakan pengeluar telefon tahan lasak sedia ada di pasaran yang lebih cenderung memfokuskan kepada aspek ketahanan. AGM X3 ternyata menjanjikan kelainan kerana ia bukan sahaja hadir dengan rekaan kerangka yang kalis air dan debu, tetapi ia juga tidak mengabaikan aspek prestasi yang sangat berkuasa.

AGM X3 dengan sokongan Qualcomm Snapdragon 845 menjanjikan prestasi antara yang terbaik.

Ketirisan spesifikasi AGM X3:

  • Qualcomm Snapdragon 845
  • 5.99 inci FHD+ (18:9)
  • 64GB/128GB
  • RAM 6GB/8GB
  • Kamera utama: 24MP + 12MP
  • Kamera hadapan: 20MP
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth 5.0, NFC, USB Type-C
  • IP68
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend