Aeril Zafrel Akan Hadir Ke Pelancaran Siri Redmi Note 8 Minggu Hadapan Sebagai Duta Comments Off on Aeril Zafrel Akan Hadir Ke Pelancaran Siri Redmi Note 8 Minggu Hadapan Sebagai Duta

Redmi Malaysia telah mula mengedarkan emel jemputan kepada media tempatan untuk majlis pelancaran Redmi Note 8 dan Note 8 Pro. Difahamkan, pelancaran ini akan berlangsung pada 8 Oktober 2019 yang mana turut akan memperlihatkan duta untuk produk tersebut.

Pihak Redmi Malaysia telah mengesahkan bahawa Aeril Zafrel akan hadir ke majlis pelancaran peranti ini sebagai duta rasmi sekaligus menjadikan pelakon lelaki terkenal negara ini duta berturut-turut untuk siri Redmi Note.

Redmi mengatakan Redmi Note 8 Pro adalah telefon pintar dengan empat kamera 64MP pertama akan dijual di Malaysia nanti. Peranti ini menawarkan spesifikasi pertengahan dengan kuasa cipset MediaTek Helio G90T yang dicipta khusus untuk permainan. Ia hadir dengan paparan 6.53-inci FHD+ dan dibekalkan bateri sebesar 4500mAh yang menyokong pengecasan 18W.

Konfigurasi kamera belakangnya pula menggunakan kamera sensor ISOCELL Bright GW1 64MP + 8MP ultralebar + 2MP makro + 2MP kedalaman selain kamera depan 20MP. Harga peranti ini dijangka kompetitf setanding pesaingnya realme 5 dan realme 5 Pro yang akan dijual mulai 10 Oktober ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend