Adobe Akan Melancarkan Versi Penuh Aplikasi Photoshop Untuk iPad Pada Tahun 2019 Nanti Comments Off on Adobe Akan Melancarkan Versi Penuh Aplikasi Photoshop Untuk iPad Pada Tahun 2019 Nanti

Berdasarkan kepada laporan yang telah dikongsikan oleh Bloomberg, pemilik iPad akan mula menerima versi penuh aplikasi Photoshop yang dibangunkan oleh Adobe System Inc. bermula dari tahun 2019 nanti. Pengenalan versi penuh ini akan diperkenalkan sebagai sebahagian daripada strategi Adobe untuk memastikan produk keluarannya boleh digunakan pada semua peranti dari platform berbeza, dan dalam masa yang sama mampu menaikkan jualan langganannya.

Adobe Photoshop Express pada iPad.

Pembangun aplikasi Adobe Photoshop ini dipercayai merancang untuk memperkenalkan aplikasi baharu ini di dalam persidangan MAX Creative yang akan berlangsung pada Oktober tahun ini. Malah Adobe juga turut dilaporkan turut bercadang untuk mengemaskinikan semua aplikasinya termasuk Premiere, Illustrator dan juga Mix untuk disokong pada iPhone ataupun iPad.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend