Adakah Liga Malaysia Akan Dimasukkan Ke Dalam FIFA 20? 0 191

Laman komuniti permainan bola sepak, FIFAPlay kini sedang mengadakan undian kepada peminat untuk melihat liga negara manakah yang sepatutnya akan dibawa masuk ke dalam permainan video FIFA 20 keluaran Electronic Arts (EA).

Setelah meninjau laman ini dan seterusnya melakukan undi, kami telah dikejutkan dengan keputusan semasa. Carta menunjukkan liga Malaysia mendapat undian tertinggi iaitu sebanyak 127,215 undi mendahului liga Indonesia yang sebelum ini berada di atas.

Jika diikutkan pada undian sebelum ini, Liga China telah menjadi pemenang sekaligus telah dibawa masuk ke dalam permainan video FIFA 19 pada tahun ini. Jadi adakah perkara yang sama akan berlaku pada FIFA 20 untuk tahun hadapan? Undilah liga Malaysia jika anda seorang gamers sejati.

Jom undi di sini!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend