Adakah Ini Rupa Peranti Pertama iQOO Dengan Rekaan Skrin Boleh Lipat? Comments Off on Adakah Ini Rupa Peranti Pertama iQOO Dengan Rekaan Skrin Boleh Lipat? 493

Tempoh hari kita diperkenalkan dengan jenama iQOO iaitu sub-jenama daripada Vivo. Sehingga kini, kita masih belum diberitahu bagaimana cara menyebut jenama ini dengan betul. Bagaimanapun itu tidak penting kerana hari melalui laman sosial Weibo, iQOO dilihat sudah berkongsikan maklumat mengenai peranti kepada rakan niaga mereka.

Menurut apa yang tertiris, peranti daripada iQOO ini akan hadir dengan rekaan yang futuristik iaitu menggunakan skrin boleh lipat. Imej pengolokan juga memperlihatkan peranti ini memiliki nisbah paparan yang memanjang. Jika dibuka, ia juga boleh dijadikan sebagai tablet.

Namun begitu, tiada maklumat mengenai spesifikasi didedahkan tetapi menurut peniris tanda harga yang akan diletakkan untuk peranti ini adalah sekitar CNY7,000 (~RM4,223) seunit. Imej pengolokan ini tidak menyertakan sebarang butang dan port pada kerangka badan. Jadi, ada yang mendakwa peranti ini akan menggunakan konsep rekaan yang hampir sama dengan APEX 2019 yang pernah diumumkan Vivo sebelum ini.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend