Adakah Ini Harga Dan Spesifikasi Yang Akan Disokong Oleh Xiaomi Mi 10 Dan Mi 10 Pro Nanti?! Comments Off on Adakah Ini Harga Dan Spesifikasi Yang Akan Disokong Oleh Xiaomi Mi 10 Dan Mi 10 Pro Nanti?!

Setakat ini kita sudahpun sedia maklum bahawa Xiaomi akan menggunakan cipset mercu terbaharu daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 865 untuk siri Mi 10 yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Menariknya baru-baru ini ada pengguna di laman Weibo telah mula mendedahkan harga dan juga spesifikasi yang akan disokong oleh model Mi 10 dan juga Mi 10 Pro.

Xiaomi Mi 10

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan itu, Mi 10 akan dilengkapi dengan paparan skrin OLED dengan kadar segar semula 90Hz sebesar 6.5 inci. Ia juga akan dijana oleh bateri berkapasiti 4500mAh dengan sokongan teknologi pengecasan pantas 40W, pengecasan pantas tanpa wayar 30W, dan juga teknologi pengecasan berbalik tanpa wayar 10W (reverse wireless charging).

Mi 10 juga dipercayai akan menyokong kuad kamera yang terdiri daripada empat lensa utama iaitu 64MP (Sony IMX686) + 20MP (Ultra Wide) + 12MP (Telephoto) + 5MP (tidak dapat dipastikan Depth Sensor atau Macro). Menariknya ia juga dikatakan mampu menyokong fungsi zum sehingga 30x.

kredit: Weibo/Technology B

Ia didakwa akan hadir dalam tiga varian berbeza iaitu 8GB + 128GB, 8GB + 256GB dan juga 12GB + 256GB. Fungsi lain yang disokong termasuklah sambungan rangkaian Internet 5G dengan sokongan dwi mod (SA/NSA), sambungan NFC, dan juga akan menggunakan teknologi getaran jenis haptik.

Harga jualan untuk Mi 10 walau bagaimanapun telah dikaburkan, tetapi ia sudah dijangka akan ditawarkan pada harga yang lebih rendah berbanding versi ‘Pro’.

Xiaomi Mi 10 Pro

Ketirisan spesifikasi untuk model Mi 10 Pro dilihat agak terhad kerana ia hanya mendedahkan sokongan bateri berkapasiti 4500mAh dengan teknologi pengecasan pantas 66W dan juga teknologi pengecasan pantas tanpa wayar 40W.

Manakala untuk keupayaan penggambaran pula, Mi 10 Pro dipercayai akan turut menyokong kuad kamera beresolusi 108MP + 48MP + 12MP + 8MP. Namun begitu tiada maklumat berhubung konfigurasi lensa yang akan digunakan pada peranti ini.

kredit: Weibo/Technology B

Mi 10 Pro dipercayai hadir dalam tiga varian iaitu 12GB + 128GB yang akan dijual pada harga CNY3,799 (~RM2,233), 12GB + 256GB ditawarkan pada harga CNY4,099 (~RM2,410), dan 12GB + 512GB pula berharga CNY4,499 (~RM2,645).

Memandangkan kesahihan berhubung spesifikasi untuk siri Mi 10 ini masih lagi tidak dapat dipastikan, jadi sama-sama kita nantikan pendedahan rasminya yang dijangka akan berlangsung sekitar bulan Mei 2020 nanti.

sumber, melalui

Baca juga:

Xiaomi Mi 10 Dan Meizu 17 Disahkan Akan Dikuasakan Dengan Cipset Snapdragon 865

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend