Adakah Bacaan Sensor Kadar Degupan Jantung Pada Xiaomi Mi Band 3 Perlu Diragui Fungsinya?! Comments Off on Adakah Bacaan Sensor Kadar Degupan Jantung Pada Xiaomi Mi Band 3 Perlu Diragui Fungsinya?!

Xiaomi Mi Band 3 sebelum ini baru sahaja dibawa masuk ke pasaran tempatan pada penghujung September yang lalu dengan tanda harga yang agak menarik iaitu hanya RM129.

Namun baru-baru ini ada di antara pemilik Xiaomi Mi Band 3 telah mula meragui fungsi utama yang disokong oleh peranti kecergasan ini iaitu sensor kadar degupan jantung. Ini berikutan tularnya video yang memperlihatkan keupayaan Mi Band 3 untuk membaca kadar degupan jantung pada gulungan kain ataupun gulungan tisu.

Perkara ini seharusnya tidak terjadi kerana bacaan kadar degupan jantung sepatutnya hanya boleh dibuat oleh sensor jika ia berjaya mengesan kewujudan degupan jantung sahaja. Malah kebanyakan peranti kecergasan akan menggunakan cahaya LED yang terang untuk mengesan saluran darah paling kecil iaitu kapilari, dan ia akan mengukur kekerapan darah dipam bagi mendapatkan bacaan BPM.

Xiaomi Mi Band 2 tidak berhadapan dengan isu sensor sebagaimana yang dihadapi oleh Mi Band 3.

Memandangkan kami tidak memiliki Mi Band 3, kami telah mencuba perkara yang sama pada Xiaomi Mi Band 2 bagi melihat jika perkara yang sama terjadi. Bagi menghasilkan semula situasi yang sama, kami telah menggunakan gulungan kain yang dibalut dengan lapisan kulit, tetapi tiada sebarang bacaan berjaya diperolehi. Jadi adakah patut anda meragui fungsi sensor kadar degupan jantung pada Mi Band 3 ini?!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend