Acer Terpaksa Menunda Kejohanan ‘Asia Pacific Predator League 2020’ Berikutan Isu Coronavirus Comments Off on Acer Terpaksa Menunda Kejohanan ‘Asia Pacific Predator League 2020’ Berikutan Isu Coronavirus

Baru-baru ini Acer telah mengumumkan bahawa kejohanan ‘Acer Pacific Predator League 2020 terpaksa ditunda sebagai langkah berjaga-jaga untuk mencegah situasi penularan wabak coronavirus (2019-nCov).

Pada awal perancangan, kejohanan ini akan berlangsung di Manila, Filipina pada 19 sehingga 23 Februari 2020 ini. Tetapi berikutan isu yang sedang berlaku, ia terpaksa dijadualkan semula pada bulan Jun atau Julai 2020 nanti.

Kejohanan ‘Asia Pacific Predator League 2020’ merupakan acara eSukan peringkat antarabangsa yang ketiga diadakan. Sebelum ini dua peringkat akhir kejohanan itu telah berlangsung di Jakarta dan juga Bangkok.

Perkembangan terbaharu tentang penjadualan semula kejohanan ini akan diumumkan melalui laman rasmi dalam masa terdekat. Maklumat lain berhubung penggunaan semula atau pembayaran balik duit tiket kejohanan akan turut boleh dilihat di laman rasminya.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend