Acer Predator Triton 500 Dan Nitro 5 Hadir Dengan Intel Core Generasi 10, Skrin 300Hz Dan GeForce RTX 2080 SUPER Comments Off on Acer Predator Triton 500 Dan Nitro 5 Hadir Dengan Intel Core Generasi 10, Skrin 300Hz Dan GeForce RTX 2080 SUPER

Acer hari ini telah memperkenalkan dua komputer riba gaming terbaharunya iaitu Predator Triton 500 dan juga Nitro 5. Kedua-dua model baharu ini telah menampilkan sokongan pemproses Intel Core generasi ke-10.

Acer Predator Triton 500

Predator Triton 500 merupakan model tertinggi daripada Acer telah dikuasakan dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 2080 SUPER atau 2070 SUPER dengan Max-Q Design. Keupayaan grafik itu dibantu pula dengan panel IPS dengan kadar segar semula sehingga 300Hz yang menyokong masa respons 3ms.

Ia juga turut didatangkan dengan sambungan Killer WiFi 6 AX1650i, pengawal ethernet E3100G, dan juga Control Center 2.0 untuk rangkaian yang lebih berkualiti.

Dengan sokongan memori 32GB DDR4 dan juga sehingga 2TB NVMe RAID 0 SSD, Predator Triton 500 turut dilengkapi sistem penyejukan Vortex Flow yang menawarkan prestasi aliran haba sehingga 33% lebih baik.

Acer Nitro 5

Acer Nitro 5 pula dijana oleh pemproses Intel Core i7 generasi ke-10, dan juga pilihan sokongan kad grafik GeForce RTX 2060 ataupun GeForce GTX 1650i/1650. Ia juga tersedia dengan storan jenis M.2 PCIe SSD, 1TB HDD, dan juga 32GB DDR4 RAM.

Paparan skrin 15.6 inci FHD IPS pada komputer riba ini juga menyokong pilihan kadar segar semula 144Hz atau 120Hz, dan juga masa respon 3ms. Untuk sambungan pula ia hadir dengan Intel WiFi 6 AX201 (802.11ax) dan juga Killer Ethernet E2600.

Harga dan ketersediaan:

Acer Predator Triton 500 akan dijual pada harga USD2,199.99 (~RM9,595), manakala Acer Nitro 5 pula berharga USD749.99 (~RM3,272). Kedua-dua model ini akan dijual bermula Mei 2020.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend