Acer Predator Helios 700 Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM17999 Comments Off on Acer Predator Helios 700 Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM17999

Acer Malaysia hari ini telah melancarkan komputer riba terbaru, Predator Helios 700 untuk para peminat Acer dan pemain tegar di Malaysia. Ditawarkan pada harga RM17999 seunit, komputer riba ini dicipta khusus untuk pengalaman permainan yang lancar serta imersif.

Komputer riba ini hadir dengan rekaan unik yang mana papan kekuncinya boleh ditarik keluar untuk memberi keselesaan semasa bermain. Papan kekunci yang dipanggil HyperDrift ini juga menyokong pencahayaan RGB sebagaimana komputer riba permainan lain di pasaran.

This slideshow requires JavaScript.

Helios 700 dilengkapi sistem penyejukan kipas 3D Aeroblade generasi ke-4 yang boleh memastikan komputer riba sentiasa berada dalam suhu yang optimum. Terdapat empat mod prestasi ditawarkan antaranya adalah Normal, Fast, Boosted, dan Extreme. Sementara teknologi MagForce Keys dengan Linear Switch pula menawarkan kawalan yang lebih tepat terhadap mekanisma permainan video, sama seperti peranti dengan isyarat analog pada pad permainan video.

Pada masa sama, pihak Acer turut mengumumkan bahawa mereka akan menganjurkan Liga Predator Asia Pasifik pada 22 hingga 23 Februari 2020 di Manila, Filipina. Para peserta dari 17 buah negara akan bertarung untuk merebut hadiah keseluruhan berjumlah USD400,000, sementara hadiah untuk peringkat Malaysia adalah sebanyak USD25,000 (~RM100,000).

Peserta yang boleh melayakkan diri ke Liga Predator Asia Pasifik ini akan ditentukan di dalam Pusingan Akhir Malaysia DOTA 2 (9, 10 November 2019) dan Pusingan Akhir PUBG (7,8 Disember 2019) tidak lama lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend