Acer Perkenal Komputer Riba Boleh-Tukar Siri ConceptD 7 Ezel Dan Stesen Kerja ConceptD 700 Comments Off on Acer Perkenal Komputer Riba Boleh-Tukar Siri ConceptD 7 Ezel Dan Stesen Kerja ConceptD 700

Bersempena acara CES 2020, Acer hari ini telah memperkenalkan barisan baharu untuk jenama baharunya iaitu ConceptD yang direka khusus untuk golongan pereka cipta dengan pengenalan siri ConceptD 7 Ezel dan juga ConceptD 700.

ConceptD 7 Ezel dan ConceptD 7 Ezel Pro yang merupakan komputer riba boleh-tukar, menampilkan rekaan engsel ‘Ezel’ yang membolehkan komputer riba ini digunakan dalam lima mod berbeza. Antara gaya yang disokong termasuklah Sharing Mode, Floating Mode, Stand Mode, Pad Mode ataupun Display Mode.

ConceptD 7 Ezel / ConceptD 7 Ezel Pro

Hadir dengan paparan skrin sentuh berukuran 4K IPS (3840 x 2160 piksel) serta tahap keterangan maksimum sehingga 400 nit, ConceptD 7 Ezel turut dilengkapi teknologi pen Wacom EMR untuk pengalaman lakaran yang optimum. Malah paparan skrinnya juga turut menyokong ketepatan warna Delta E<2, 100% gamut warna Adobe RGB, dan juga menepati piawaian warna PANTONE Matching System.

This slideshow requires JavaScript.

ConceptD 7 Ezel telah dikuasakan dengan pemproses Intel Core H-series 10th Gen, NVIDIA GeForce RTX, RAM DDR4 sehingga 32GB, ruang storan sehingga 2TB PCIe SSD, dan juga dioperasikan dengan Windows 10 Pro. Menariknya ConceptD 7 Ezel Pro akan dikuasakan dengan pemproses Intel Xeon dan juga GPU NVIDIA Quadro RTX.

This slideshow requires JavaScript.

Selain itu, siri ConceptD 7 Ezel juga turut didatangkan dengan perisian NVIDIA Studio Drivers, 2x port Thunderbolt 3, slot kad SD, DisplayPort 1.4, 1x HDMI 2.0, pad sesentuh kaca, dan juga pengimbas cap jari terbina pada butang kuasa. Malah ia juga boleh dioperasikan dengan sangat senyap iaitu hanya 40dB, iaitu bersamaan dengan tahap bunyi di perpustakaan.

  • Harga jualan ConceptD 7 Ezel
    • Amerika Utara – USD2,699 (~RM11,077)
    • EMEA – EUR2,499 (~RM11,480)
    • China – CNY19,999 (~RM11,772)
  • Harga jualan ConceptD 7 Ezel Pro
    • Amerika Utara – USD3,099 (~RM12,718)
    • EMEA – EUR2,999 (~RM13,774)
    • China – CNY21,999 (~RM12,949)

ConceptD 700

Bagi golongan pereka yang memerlukan stesen kerja untuk digunakan di rumah ataupun pejabat, Acer turut memperkenalkan model ConceptD 700 yang merupakan model lebih baik untuk ConceptD 500 yang dilancarkan di Malaysia pada tahun lepas. Dikuasakan dengan pemproses Intel Xeon E dan GPU NVIDIA Quadro RTX 4000, ia mampu memenuhi keperluan pembuat filem, animator, dan juga jurutera.

Stesen kerja berprestasi tinggi ini turut dilengkapi dengan empat slot memori RAM DDR4 DIMM 2666MHz sehingga 64GB, slot PCIe M.2 SSD, slot HDD 2.5 inci atau 3.5 inci, dan juga kesenyapan pengoperasian pada 40dB.

This slideshow requires JavaScript.

Bagi memastikan penggunaan memori yang lebih efektif, bebanan CPU dan GPU boleh dipantau dengan lebih mudah menggunakan fungsi intuitif ConceptD Palette, yang boleh mengenalpasti sebarang isu. Malah ia turut menerima lencana RTX Studio yang mampu menyokong aliran kerja yang memerlukan prestasi tinggi.

  • Harga jualan ConceptD 700 untuk pasaran EMEA (Eropah, Timur Tengah dan Afrika) adalah EUR1,699 (~RM7,805) dan ia akan dijual bermula Mac 2020 ini.

sumber

Baca juga:

Acer Lancar ConceptD, Jenama Baharu Untuk Komputer Meja, Komputer Riba Dan Monitor Berprestasi Tinggi

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend